Friday, April 29, 2011

kenapa orang muda tidak minat untuk berpolitik?

assalamualaikum.. pada entry lepas aku da mengutara kan kisah jin.. agak islamic sedikit.. tapi untuk kali ini.. aku cuba berfikiran 21 tahun.. sejajar dengan tahun PRU bulan 6 ni yang aku boleh mengundi.. jadi permasalahan kenapa orang muda <29 kurang berminat dengan politik.. mari kita baca.. mana tau anda tergolong dlm  golongan ini..

MAU ENJOY DULU
ini antara alasan yang diberi pada muda mudi.. "ah.. politik orang tua lar bro.. aku baru bape umo.. baek keje.. enjoy2.. dari ko ikot g ceramah.. sume 2 buang masa je.. fintah lg.. aduh bro.. xde feel  la politik sekarang ni.. aku da tua t.. br laa layan ye bro.."

POLITIK KITA KOTOR
ini tidak dapat dinafikan.. dimana parti A mempunyai agenda tersendiri menjatuh kan parti B.. tetapi disebabkan kuasa yang dimiliki parti A.. dia menggunakan cara kotor untuk menjatuhkn lawan dengan menggunakan media,badan kerajaan,dan pelbagai lagi cara.. jadi orang muda yang nmpak ini sebagai satu mainan kotor politik mengambil tindakan untuk tidak mencampurkn diri dalam politik.. bagi mereka "bia jela.. itu idop die.. aku hidup aku.. kubo laen2.. nk fitnah ke ape.. xde kene mengene ngn aku.. "dan dua2 parti kotor..

X AMEK PORT..
ini paling ramai yang orang muda suke cakap.. "xamek port aku pasal politik2 ni.." disebabkan sifat "x amek port" ini lah yang menyebabkan negara kita tidak dapat lari dari rasuah dan kesalahan lain.. kerana tidak ada  orang yang menegur itu salah..

KESIMPULAN..

kepada orang muda.. jangan lah seperti diatas.. kerana.. masa depan malaysia terletak di tangan kita.. orang tua akan pergi.. orang muda akan ganti.. ambil tahu tidak semestinya pergi ceramah.. cukup mengetahui apa yang berlaku.. dari pelbagai sumber.. bukan satu sumber..

ini lagi satu ilmu.. kawan aku kongsi semalam.. maksud TANGGUNGJAWAB.. TANGGUNG ialah apa yang kita tanggung di muka bumi ni.. dan JAWAB ialah.. menjawab la kite bila di hari akhirat nanti.. kerana semua tindakan kita akan dihisab kelak..

HARAPAN SAYA
tidak kira anda sokong apa.. apa saya harapkan.. mengundilah.. tunaikan tanggungjawab anda untuk negara..
sekian.. :)


8 comments:

  1. saya parti atas pagar.tinggal nak terjun je.haha :P

    ReplyDelete
  2. kilin: sik maok atas pagar.. nanti tercucuk duri pagar.. huhu

    ReplyDelete
  3. kadang2 kite x tahu mane satu parti yg betul..... stiap parti ade kepentingan utama mereka.... kebebaran terlindung...... kesalahan terpapar di rangkaian media.... but ko betul.... mengundi adalah penentu masa depan negara... but aq rasa hidup politik byk musuh... hahhahah....

    ReplyDelete
  4. betol syomir.. tp kite mesti memilih.. :)

    ReplyDelete
  5. politik malaysia bosan...
    macam-macam agenda..
    huhuhuhu

    ReplyDelete