Sunday, January 8, 2012

hancurnya sebuah usaha..

assalamualaikum..
saya ada sebuah cerita nak diceritakan.. kisahnye begini..

pada suatu hari.. ada sebuah kenduri kendara yang sangat besar akan dilangsungkan.. tetamunya dari luar negara.. jadi sultan akan melantik seorang ketua kendara untuk memastikan kenduri ini lancar..
di melaka.. kami di bahagikan dalam tiga kumpulan besar..
1. kumpulan dayang istana
2.kumpulan pengawal
3.kumpulan ulama

seperti dahulunya.. negeri melaka akan membuat jadual tugasan mengikut kumpulan.. kumpulan dayang istana mengawal dalam istana.. kumpulan pengawal menjaga ketenteraman dan tempat tinggal tetamu.. dan kumpulan ulama mengimarahkan masjid dan surau ketika solat jemaah..

tetapi.. pada kali ini.. sultan ingin membuat pembaharuan dalam sistem itu.. sampai bila.. pengawal menjaga ketenteraman?? sampai bila kumpulan dayang istana mengawal istana?? dan sampai bila kumpulan ulama akan mengimarahkan masjid sahaja??

jadi.. sultan telah menyatakan hasrat baginda kepada pembesar2 yang dipercayainya..
jadi.. pembesar2 ini telah merancang sesuatu jadual.. untuk memastikan.. apabila tiada pengawal.. dayang istana dan ulama boleh menjaga ketenteraman.. apabila tiada ulama.. dayang istana dan pengwal boleh mengimarahkan masjid.. dan apabila tiada dayang istana.. pengawal dan ulama boleh mengawal keadaan dalam istana..

jadi pada permulaan rancangan itu.. pembesar telah ditentang hebat oleh ketua pengwal.. yang tidak mahukan perubahan.. yang ingin di takuk lama.. jadi.. sampai bila2.. tiada ulama yang boleh mengawal istana dan menjaga ketenteraman.. tiada dayang istana yang boleh menjaga ketenteraman dan mengimarahkan masjid.. tiada pengawal yang boleh mengawal istana dan mengimarahkan masjid..

maka.. lahirlah bangsa dayang istana,pengawal,ulama yang telah dipogramkan.. atau bahasa mudahnya tidak boleh menerima pembaharuan.. maka berlaku lah pertengkaran oleh pembesar dan ketua  pengawal tentang jadual baru itu..sampailah pertengkaran itu berpanjangan hingga ke sultan..

maka sultan putuskan untuk pengwal mengikut cara lama.. tetapi dayang istana dan ulama mengikut jadual baru..

maka duduklah pengawal di tempat mereka tanpa boleh melibatkan diri dengan ulama dan dayang istana hingga semua tetamu pulang ke negara asalnya..

jadual baru yang di ilhamkan oleh sultan dapat dilaksanakan selama dua tahun.. tetapi....

pada tahun mendatang..
pembesar yang dahulu telah tiada kerana semuanya telah uzur.. maka naiklah pembesar2 yang baru menggantikan meraka..

setiap tahun.. kenduri kendara besar-besaran itu akan dilangsungkan.. maka.. sultan melantik ketua yang baru untuk menjadi pemimpin 3 kumpulan besar ini..

sayang sekali.. pemimpin ini tidak datang berjumpa dengan mantan nya.. bertanya apakah yang patut dibuat olehnya.. atau meminta tunjuk ajar dari mantannya.. walaupun mantan pembesar itu masih menabur bakti tetapi tidak lagi menjadi ketua.. langsung tanpa sedikit  pun menoleh mantan pembesar ini untuk bertanya..

sungguh hebat pemimpin yang baru dilantik ini...

apa yang berlaku.. ketika itu.. ketua pengawal yang bertengkar dengan mantan pembesar itu masih berkuasa.. masih menjadi ketua.. maka.. dengan pengalamannya.. amarannya pada pemimpin yang baru.. yang dia itu sudah lama.. jadi.. diperbodohlah pemimpin yang baru itu oleh ketua pengawal tersebut..

yang terjadi.. jadual kembali seperti biasa.. dayang istana dengan istananya.. pengwal dengan menjaga ketenteramannya.. dan ulama dengan masjidnya... maka berpuas hati lah ketua pengawal itu.. sambil ketawa hingga berguling2 melihatkan semua seperti yang dikehendakinya..

tiba-tiba.. ketika semua tetamu sudah pulang ke tempat tidur.. pada malam sebelum penutup kenduri.. datang seorang hamba sahaya.. yang pernah berkhidmat ketika jadual baru digubal.. yang pernah terlibat ketika pertengkaran.. melihat keadaan kembali seperti dahulu kala.. sangat menyedihkan..

dia memarahi semua ulama.. semua pengwal.. semua dayang istana.. walaupun dia tahu.. hanya 1 saja puncanya.. pemimpin yang bodoh sombong lagaknya.. tetapi.. kerana ketua pengawal masih ada disitu.. maka disokong hebat pemimpin barunya.. kerana apa... kerana pemimpin baru itu mengikut telunjuknya...

maka dimalukan lah hamba sahaya itu pada malam itu.. tiba-tiba... datang sultan.. menerangkan apa yang telah dicakap oleh hamba sahaya itu.. sultan menerangkan tentang jadual baru itu..

apa yang sultan mahukan.. rakyatnya boleh membuat semua kerja.. jika tidak boleh buat.. mengambil pengalaman dari sesuatu yang baru.. supaya ulama boleh mengawal keaadan dalam istana.. dayang istana boleh mengjaga ketenteraman.. dan pengawal boleh mengimarahkan masjid.. 

maka faham lah ketiga-tiga kumpulan besar itu...

tahun hadapan.. akan berlangsung lagi kenduri kendara ini..

tahun depan.. pemimpin akan dilantik lagi...

adakah ulama akan terus di masjid??
pengawal akan terus mengjaga ketenteraman??
dayang istana mengawal keadaan dalam istana??

atau....

semua tugas itu boleh dipikul oleh ulama...
semua tugas itu boleh dipikul oleh pengawal..
semua tugas itu boleh dipikul oleh dayang istana...

sekian.... (maaf terlalu panjang.. baca dengan baik untuk memahami isi tersirat)